Tuesday, March 31, 2009

MAKLUMAN KEPADA SEMUA KETUA AJK KELUARGA YUNDUK

Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut untuk dibincangkan dalam mesyuarat akan datang:

1. Sila buat kertas kerja masing-masing berserta bajet yang diperlukan
2. Sila sediakan salasilah keluarga masing2 yang lengkap untuk diselaraskan oleh AJK berkaitan dalam mesyuarat akan datang.
3. Mohon supaya setiap keluarga menyenaraikan nama anggota keluarga yang terlibat dalam pungutan yuran yang telah ditetapkan untuk memudahkan penyelarasan dalam mesyuarat akan datang.
4. Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini.

MAKLUMAN TERKINI

Kepada semua keluarga induk dan ahli-ahli keluarga yang berpendapatan tetap. Sila maklum dan ambil perhatian berikut:
1. Bayaran yuran seperti mana yang telah di tetapkan dalam mesyuarat lalu bolehlah dibayar mulai hujung bulan Mac ini. Setiap keluarga utama dikehendaki membayar RM100 setiap keluarga.
2. Ahli keluarga yang berpendapatan tetap RM1500.00 sebulan dikehendaki membayar RM100.00 seorang manakala yang berpendapatan kurang RM1500.00 sebulan dikenakan yuran sebanyak RM50.00 seorang.
3. Yuran boleh dibayar kepada ketua keluarga masing-masing dan kemudian sila serahkan wang pungutan tersebut kepada En. Mudi Munsing (bagi Keluarga Inan Kemian), En. Bollah Taliban (bagi keluarga aman Taliban) dan Pn. Kumbe Legiam (bagi keluarga Inan Gapil)