Saturday, June 13, 2009

Blog Yaki Yunduk Family

Walau pun hari keluarga sudah berlalu namun blog ini akan terus beroperasi sebagai wadah untuk menyalurkan maklumat-maklumat terkini mengenai keluarga Yunduk. Misi seterusnya urusetia blog ini ialah mengumpul maklumat (direktori) setiap keluarga Yunduk yang telah sukses dalam bidang masing-masing.

PENGHARGAAN

Mesyuarat AJK Pelaksana Keluarga Yunduk 2009 telah mengadakan mesyuarat 'post-mortem'
pada 7.6.2009. AJK Pelaksana merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga Yunduk di atas kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan majlis ini. Mesyuarat itu juga memohon maaf atas segala kelemahan dalam perlaksanaan majlis kali ini. AJK ini telah dibubar dengan resminya oleh Mantan Pengerusi Pelaksana Majlis Keluarga Yunduk 2009, En. Barahim Taliban.